Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Tarikh Tutup: 6/2/2025
Notis Span: 11/2025
Bilangan Kekosongan: 32
Taraf Jawatan: 10 TETAP 22 SEMENTARA
Tempat Kekosongan: Ibu Pejabat, PNS dan Perpustakaan Cawangan Seluruh Sabah (18), Kementerian Kewangan Negeri Sabah (1), Jabatan Tanah dan Ukur (1)
Jadual Gaji: RM 1,500 - RM 4,680
Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab melaksana program dan mengendalikan pembangunan sumber maklumat, dokumentasi dan pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan, pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan melaksana aplikasi ICT di perpustakaan.
Bidang Yang Berkaitan
Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini
Sijil Profesional
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.
Syarat Lantikan
(a) Memiliki kelayakan berikut:
-
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
- Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
- Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,500.00)
-
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,561.00)
-
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,622.00)
(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Maklumat Pemohonan
- Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/
- Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
- Salinan Sijil-Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
- Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.

Post a Comment