Jawatan Kosong Pembantu Khidmat AM Gred H1 (Pembantu Am)
Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Tarikh Tutup: 6/2/2025
Notis Span: 12/2025
Bilangan Kekosongan: 4
Taraf Jawatan: TETAP
Tempat Kekosongan: Ibu Pejabat, PNS dan Perpustakaan Cawangan Seluruh Sabah (18), Kementerian Kewangan Negeri Sabah (1), Jabatan Tanah dan Ukur (1)
Jadual Gaji: RM 1,500 - RM 4,680
Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100
Deskripsi Tugas
- Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan kerja.
- Menjaga kebersihan dan kecantikan kawasan persekitaran tempat bertugas seperti berikut:
- a) Membantu kerja-kerja pembersihan artifak, bilik stor dan galeri pameran.
- b) Memotong rumput dan mencantas pokok/pokok bunga.
- c) Menyiram, menanam dan membaja pokok/pokok bunga.
Bidang Yang Berkaitan
Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini
Sijil Profesional
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.
Syarat Lantikan
- Memiliki kelayakan berikut:
- (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau - (ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau - (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau - (iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00);
- (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Maklumat Pemohonan
- Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/
- Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
- Salinan Sijil-Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
- Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.

Post a Comment