Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Tarikh Tutup: 6/2/2025
Notis Span: 8/2025
Bilangan Kekosongan: 15
Taraf Jawatan: Tetap
Tempat Kekosongan: Kota Kinabalu
Jadual Gaji: RM 1,500 - RM 4,680
Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100
Deskripsi Tugas
Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, undang-undang Syariah dan penguatkuasaan.
Bidang Yang Berkaitan
Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini
Sijil Profesional
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.
Syarat Lantikan
(a) Memiliki kelayakan berikut:
-
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
- Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
- Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,500.00)
-
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,561.00)
-
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S1: RM1,622.00)
(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Maklumat Pemohonan
- Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/
- Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
- Salinan Sijil-Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
- Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.

Post a Comment