Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah serta memenuhi syarat-syarat kelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Program Sijil Pertanian Malaysia di Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud selama dua (2) tahun.
Syarat dan Kelayakan
- Berumur di antara 18 hingga 25 tahun.
- Bagi Penjawat Awam tidak melebihi 30 tahun pada masa program bermula (permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan).
- Belum berkahwin kecuali Penjawat Awam.
- Lulus SPM dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan seperti berikut:
- Lulus dalam matapelajaran Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan),
- Lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris
- Lulus dalam matapelajaran Matematik/Matematik Tambahan dan
- Kepujian dalam salah satu mata pelajaran iaitu:
Sains, Pengeluaran Tanaman, Sains Pertanian, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Pengajian Agroteknologi, Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan, Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumahtangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan.
Kemudahan yang Disediakan
- Tempat penginapan.
- Makan dan minum.
- Elaun Bulanan sebanyak RM100.00 sebulan.
Struktur Pengajian
- Program ini mempunyai lima (5) semester meliputi kuliah (30%) dan latihan kemahiran (70%) di makmal/ladang.
- Latihan Industri dilaksanakan selama dua (2) bulan.
Tarikh Tutup Permohonan
14 Mac 2025 pukul 5.00 petang
Panggilan Temuduga
Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas sahaja akan dipanggil temuduga. Calon yang layak dipanggil temuduga akan dihubungi melalui panggilan telefon atau surat rasmi atau emel atau WhatsApp
Calon juga boleh menyemak status panggilan temuduga melalui laman ini mulai 01 April 20
Calon yang tidak menerima apa-apa pemberitahuan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Cara Memohon
Permohonan dibuat secara dalam-talian dengan melayari https://latihan-tani.sabah.gov.my bermula 13 Januari 2025 hingga 14 Mac 2025 (Pukul 05.00 petang)
1.Klik pada pautan di atas
2. Klik pada pendaftaran pengguna untuk mendaftar jika belum mendaftar.
3. Isi maklumat terutamanya BAHAGIAN A, BAHAGIAN B, BAHAGIAN C DAN BAHAGIAN G. Tekan butang kemaskini selepas siap mengisi maklumat pada setiap bahagian.
4. Klik pada pautan program pengajian untuk melihat senarai kursus yang kamu boleh pohon.




Post a Comment