Individu yang berminat dan berkelayakan dipelawa untuk mengisi Jawatan Kosong Penolong pengarah Jabatan Akauntan Negara. Keterangan berkaitan jawatan adalah seperti berikut:
| Perkara | Keterangan |
|---|---|
| Nama Jawatan | Mystep |
| Taraf Jawatan | Kontrak |
| Masa Kerja | Waktu Biasa |
| Gaji | RM 2,000 - RM 2,499 |
| Tempat Kekosongan | Putrajaya |
| Bilangan Kekosongan | 1 |
| Kelayakan | Sarjana Muda atau Yang Setaraf |
Deskripsi Jawatan
- Penyediaan lampiran pengesahan bulanan dan sukuan Liabiliti Pajakan Kewangan
- Semakan data di sistem dan jadual bayaran balik serta penyesuaian
- Semakan pengesahan kementerian bulanan dan sukuan
- Melaras aktiviti pelarasan sewa pajakan kewangan secara sukuan tahun
Kelayakan
- Sarjana Muda atau Yang Setaraf
Kemudahan dan Kelebihan
- Elaun
Maklumat Syarikat
| Syarikat | JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA |
| Alamat | Putrajaya, Putrajaya |
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. JANM bermula dari satu bangunan pejabat yang kecil bertempat di Bangunan Life Insurance Corporation of India di persimpangan Jalan Melaka dan Jalan Tun Perak (Mountbatten Road). Pejabat ini kemudiannya ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dan seterusnya beroperasi di Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kini, JANM beroperasi di Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya. Sejak beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi JANM telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan perkembangan sektor awam. Bahagian-bahagian di JANM terdiri daripada : Bahagian Pembangunan Perakaunan & Pengurusan (BPPP) Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat Dan Agensi (BPOPA) Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (BWTD) Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA) Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP) Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) Bahagian Khidmat Perunding (BKP) Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD) Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF) Institut Perakaunan Negara (IPN) Selaras dengan objektif JANM yang mengutamakan penyampaian perkhidmatan yang efisien dan efektif kepada pelanggan, JANM kini telah berkembang kepada 24 pejabat Negeri / Cawangan di seluruh Malaysia.
Cara Memohon
Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web https://candidates.myfuturejobs.gov.my/ atau klik butang dibawah untuk membuat permohonan
Iklan penuh jawatan

Post a Comment