Pereka GRED B1
Klasifikasi Perkhidmatan: BAKAT DAN SENI
Kumpulan Perkhidmatan: PELAKSANA/PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
Tarikh Tutup: 6/2/2025
Notis Span: 17/2025
Bilangan Kekosongan: 1
Taraf Jawatan: Tetap
Tempat Kekosongan: SANDAKAN
Jadual Gaji: RM 1,500 - RM 4,680
Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas seperti berikut:
- Menyediakan ilustrasi / lukisan botanical
- Menyediakan reka bentuk dan susun atur (layout) grafik
- Menyediakan bahan-bahan pameran
- Membantu dalam urusan penyediaan bahan penerbitan/pencetakan
- Menjalankan kerja-kerja fotografi
- Mengurus bahan serta peralatan yang berkaitan dengan bidang tugas
Bidang Yang Berkaitan
Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini
Sijil Profesional
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.
Syarat Lantikan
- Memiliki kelayakan berikut:
- (i) Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau - (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau - (iii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau - (iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,561.00); atau - (v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,622.00).
- (i) Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
- Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Maklumat Pemohonan
- Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/
- Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
- Salinan Sijil-Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
- Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.

Post a Comment