Jawatan Kosong Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA1

Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA1

Klasifikasi Perkhidmatan: KEJURUTERAAN

Kumpulan Perkhidmatan: PELAKSANA

Tarikh Tutup: 6/2/2025

Notis Span: 18/2025

Bilangan Kekosongan: 10

Taraf Jawatan: TUJUH (7) TETAP DUA(2) SEMENTARA

Tempat Kekosongan: DI MANA-MANA LOKASI CAWANGAN PERHUTANA

Jadual Gaji: RM 1,500 - RM 4,680

Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100


Deskripsi Tugas

  1. Membantu memastikan aliran kerja terkini selaras dengan piawaian pemetaan nasional.
  2. Menggunapakai perisian pemetaan dalam tugas-tugas berkaitan pemetaan, pengemaskinian dan pengurusan maklumat sumber hutan secara digital dan manual.
  3. Melaksanakan tugas berkaitan pemetaan sumber hutan seperti peta topografi, peta digital (GIS), peta kontur, imej satelit dan peta stratifikasi hutan.
  4. Menjalankan kerja-kerja intrepretasi dan pengumpulan maklumat seperti terjemahan foto udara, imej satelit, bancian dan survey lapangan serta persempadanan hutan.
  5. Mengeluarkan peta lakaran dan lukisan bagi pengemaskinian dan penyalinan dan pencetakan peta.
  6. Menyimpan, menyusun dan mendaftar rekod peta dan pelan seliaannya.

Bidang Yang Berkaitan

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini


Sijil Profesional

Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.


Syarat Lantikan

  • (a) Memiliki kelayakan berikut:
    • (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred JA1: RM1,500.00);
    • (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred JA1: RM1,561.00);
    • (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred JA1: RM1,622.00).
  • (b) Bagi Skim Perkhidmatan: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Maklumat Pemohonan

  1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/
  2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
  3. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  5. Salinan Sijil-Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
  6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.

Post a Comment

Previous Post Next Post