Jawatan Kosong Pembantu Penyelidik Gred Q1

PEMBANTU PENYELIDIK GRED Q1

Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran

Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana

Tarikh Tutup: 6/2/2025

Notis Span: 15/2025

Bilangan Kekosongan: 17

Taraf Jawatan: Tetap

Tempat Kekosongan: SANDAKAN (12), KOTA KINABALU (2), KENINGAU (2), SIPITANG (1)

Jadual Gaji: RM 1,500 - RM 4,680

Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100


Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan penyelidikan asas berkaitan bidang perhutanan meliputi:

  1. Membantu dalam menjalankan kajian penyelidikan, termasuk pencarian maklumat penyelidikan, tinjauan, pengumpulan data, penyediaan kertas kajian, mengurus peralatan penyelidikan dan urusan-urusan lain yang berkaitan dengan penyelidikan meliputi program Jabatan seperti yang berikut:
    • i) Pengurusan Ekosistem Hutan
    • ii) Biodiversiti dan Konservasi Hutan
    • iii) Perladangan Hutan
    • iv) Keluaran dan Hasil Hutan
    • v) Sosio-Ekonomi Hutan
  2. Membantu dalam menyelenggara dan melakukan beberapa plot penyelidikan yang terdapat di seluruh Sabah khususnya di Kawasan Hutan Simpan.
  3. Membantu dalam proses persampelan di dalam / luar makmal dan penyimpanan sampel di Herbarium / Insectarium / Xylarium serta terlibat dalam pelaksanaan projek penyelidikan.

Bidang Yang Berkaitan

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini


Sijil Profesional

Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.


Syarat Lantikan

  1. Memiliki kelayakan berikut:
    • (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred Q1: RM1,500.00); atau
    • (ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred Q1: RM1,500.00); atau
    • (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred Q1: RM1,561.00); atau
    • (iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred Q1: RM1,622.00).
  2. Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Maklumat Pemohonan

  1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/
  2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
  3. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  5. Salinan Sijil-Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
  6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.

Post a Comment

Previous Post Next Post