Jawatan Kosong Pembantu Laut Gred A1

PEMBANTU LAUT GRED A1

Klasifikasi Perkhidmatan: Pengangkutan

Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana

Tarikh Tutup: 6/2/2025

Notis Span: 1/2025

Bilangan Kekosongan: 2

Taraf Jawatan: Tetap

Tempat Kekosongan: Pejabat Daerah Lahad Datu

Jadual Gaji: RM 1,500 - RM 4,680

Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100


Deskripsi Tugas

  1. Bertanggungjawab untuk membantu pengendalian bot dan pengendalian enjin bot.
  2. Membuat pemeriksaan keadaan bot dan enjin secara berkala.
  3. Membawa dan membantu pegawai dan pemantauan dan pemeriksaan di pulau-pulau
  4. Menjaga kebersihan dan keselamatan bot.

Bidang Yang Berkaitan

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini


Sijil Profesional

Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.


Kelayakan Pembantu Laut Gred A1

(a) Memiliki kelayakan berikut:

  • (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred A1: RM1,500.00)
  • (ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred A1: RM1,500.00)
  • (iii) Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred A1: RM1,500.00)
  • (iv) Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred A1: RM1,561.00)
  • (v) Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred A1: RM1,622.00)
  • (vi) Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred A1: RM1,683.00)

(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Maklumat Pemohonan

  1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/
  2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
  3. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  5. Salinan Sijil-Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
  6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.

Post a Comment

Previous Post Next Post