Klasifikasi Perkhidmatan: KEMAHIRAN
Kumpulan Perkhidmatan: PELAKSANA
Tarikh Tutup: 6/2/2025
Notis Span: 34/2025
Bilangan Kekosongan: 80
Taraf Jawatan: TETAP
Tempat Kekosongan: Di Mana-Mana Lokasi Cawangan Jabatan Kerja Raya (75) Unit Teknikal (Stesen Janakuasa Timpohon) Cawangan Kejuruteraan Elektrik (5)
Jadual Gaji: RM 1,500 - RM 4,680
Kenaikan Gaji Tahunan: RM 100
Deskripsi Tugas
- Membantu memeriksa kerosakan bangunan
- Membantu dalam menilai kos baik pulih atau pembelian alat ganti
- Membantu menyenggara dan membaiki bangunan
- Membntu menyenggara dan membaiki kenderaan/jentera dan peralatan awam dan mekanikal
- Membantu untuk mengenalpasti dan membaiki sebarang kerosakan kecil pada jentera penggerudian tanah.
- Membantu memastikan sampel tanah disediakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan untuk setiap ujian yang dijalankan
- Membantu mengendalikan peralatan ujian triaxial, shear box dan odometer untuk menilai kekuatan geser tanah dan sifat mekanik lain tanah
- Membantu mengatur peralatan ujian, mengawasi proses ujian dan merekod data yang diperolehi.
- Membantu memastikan peralatan ujian sentiasa dalam keadaan baik
- Membantu kerja – kerja kalibrasi dan penyelenggaraan secara berkala.
- Membantu mngumpul dan mengemukakan data-data ujian kepada PPS/ Jurutera.
Bidang Yang Berkaitan
Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini
Sijil Profesional
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.
Syarat Lantikan
(a) Memiliki kelayakan berikut:
-
(i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau -
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau -
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau -
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00). -
(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00)
(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(c) Kriteria Khas/Wajib bagi penempatan lima (5) orang di Unit Teknikal (Stesen Janakuasa Timpohon), Cawangan Kejuruteraan Elekrik seperti berikut :-
- (i) Lelaki;
- (ii) Umur
Maklumat Pemohonan
- Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/
- Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
- Salinan Sijil-Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
- Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.

Post a Comment