Individu yang berminat dan berkelayakan dipelawa untuk mengisi Jawatan Kosong MyStep - Bahagian Amalan perubatan.Keterangan berkaitan jawatan adalah seperti berikut:
| Perkara | Keterangan |
|---|---|
| Nama Jawatan | Mystep |
| Taraf Jawatan | Sementara |
| Masa Kerja | Waktu Biasa |
| Gaji | RM 1,500 - RM 1,999 |
| Tempat Kekosongan | Putrajaya |
| Bilangan Kekosongan | 3 |
| Kelayakan | SPM / O Level / SKM Tahap 1 / SKM Tahap 2 / SKM Tahap 3 atau Yang Setaraf |
Deskripsi Jawatan
A. PENGURUSAN SURAT UNIT PENGUKUHAN KOMPETENSI
- Menerima dan merekod surat masuk dan keluar Unit Pengukuhan Kompetensi
- Mengedarkan surat-surat yang diminitkan oleh Ketua Sektor untuk tindakan pegawai
- Menyediakan memo, surat dan dokumen berkaitan Unit atas arahan Pegawai Unit
B. PENGURUSAN AKTIVITI UNIT PENGUKUHAN KOMPETENSI
- Merekod kursus-kursus dan bengkel yang dihadiri oleh anggota Cawangan;
- Merekod maklumat jemputan ceramah yang diterima dan disampaikan oleh pegawai Cawangan;
- Membantu pengendalian proses penganjuran aktiviti pengukuhan kompetensi di peringkat Cawangan dan bertindak sebagai urus setia program;
- Membantu menyelaras aktiviti continuous medical education (CME) cawangan dan bertindak sebagai urus setia;
- Membantu menyelaras aktiviti continuous medical education (CME) Bahagian;
- Membantu menyelaras tuntutan penceramah;
- Membantu mengurus serta menyelaras tempahan dan pembayaran nota minta berkaitan aktiviti pengukuhan kompetensi;
- Mengemaskini pangkalan data dan rekod latihan anggota Cawangan.
C. MEMBANTU PENGURUSAN PENTADBIRAN DI PEJABAT CAWANGAN MEDICO LEGAL (CML)
- Mengemukakan surat dan dokumen dari pejabat CML kepada PT (P/O) Pentadbiran untuk tindakan lanjut seperti semakan Timbalan Pengarah;
- Membantu menguruskan sistem pengurusan fail di peringkat Cawangan;
- Memastikan stok barang-barang keperluan pejabat CML sentiasa mencukupi untuk keperluan anggota Cawangan;
- Memantau bilik dan ruang gunasama di pejabat CML;
- Melaksanakan aktiviti EKSA untuk Cawangan dalam membantu membuat perubahan dan penambahbaikan di ruang gunasama;
- Menghadiri mesyuarat dan taklimat yang berkaitan dengan Cawangan apabila diarahkan;
- Membantu menyelaras bagi mesyuarat Cawangan seperti membuat tempahan makanan dan minuman serta penyediaan dokumen yang diperlukan ketika mesyuarat;
- Memastikan Aset Cawangan berada di dalam keadaan baik dan boleh digunakan;
- Memaklumkan kepada Pembantu Pegawai Penyelaras Aset Cawangan sekiranya terdapat aset yang tidak digunakan.
D. PENGURUSAN FAIL
- Melaksanakan tugas sebagai Information Worker bagi sistem Digital Documentation Management System (DDMS);
- Membantu melaksanakan pengurusan fail Cawangan dan membantu Sektor-Sektor lain apabila ketiadaan PT(P/O) yang bertanggungjawab;
- Pencarian fail-fail yang diperlukan oleh Pegawai Cawangan;
- Penghantaran dan pengurusan pengeposan dokumen Cawangan;
- Melaksanakan penyimpanan fail supaya tersusun, memantau kebersihan dan keteraturan bilik fail mengikut konsep EKSA.
E. PENGURUSAN AKTIVITI SEKTOR SURVELANS DAN INFORMASI
- Menerima dan merekod surat masuk dan keluar Sektor;
- Membantu pencarian fail bagi kegunaan pegawai Sektor;
- Membantu merekodkan maklumat dalam pangkalan data Cawangan;
- Membantu proses migrasi data ke sistem pangkalan data (e-CML).
F. LAIN-LAIN TUGAS
- Melaksanakan kerja-kerja Pembantu Tadbir (P/O) yang lain sekiranya bercuti/ berkursus;
- Menjawab panggilan telefon serta mengambil pesanan kepada pegawai bagi yang berkaitan;
- Mengambil minit untuk mesyuarat bulan Cawangan secara penggiliran;
- Melakukan tugas-tugas lain selain daripada tugas hakiki di atas arahan Ketua dari masa ke semasa
Kelayakan
- SPM / O Level / SKM Tahap 1 / SKM Tahap 2 / SKM Tahap 3 atau Yang Setaraf
Kemudahan dan Kelebihan
Tiada Maklumat
Maklumat Syarikat
| Syarikat | Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia |
| Alamat | Putrajaya |
Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan salah satu Bahagian di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahagian ini diketuai oleh Setiausaha Bahagian (SUB) dan dibantu oleh tiga (3) orang Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB) dan seorang Ketua Pustakawan. Pengurusan Bahagian ini dibantu oleh seramai 270 orang pegawai dari kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) dan Pelaksana (Sehingga 11 Mac 2021)
Cara Memohon
Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web https://candidates.myfuturejobs.gov.my/ atau klik butang dibawah untuk membuat permohonan
Iklan penuh jawatan

Post a Comment