Bantuan STR, SARA & JKM
STR & SARA
- Pada tahun 2025, kerajaan akan memberikan peningkatan tertinggi untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Penerima SARA akan diperluas kepada 4.1 juta orang, dengan penerima STR dalam kategori isi rumah akan menerima RM100 sebulan. Bantuan ini akan mula dikreditkan pada April 2025.
- Dengan penambahan peruntukan, kadar maksimum yang diterima oleh isi rumah akan meningkat kepada RM4,600, berbanding RM3,700 sebelum ini.
- Kadar baharu bagi kategori bujang juga dinaikkan kepada RM600.
Elaun JKM
1. Bantuan Kanak-kanak Keluarga Termiskin
- Berusia 6 tahun dan ke bawah – RM250 (2024 : RM200)
- Berusia 7 sehingga 18 tahun – RM200 (2024 : RM150)
2. Bantuan Warga Emas
- Dinaikkan kepada RM600 (2024: RM500)
Gaji Minimum Dinaikkan kepada RM 1,700
- Dalam Bajet 2025, kerajaan mengumumkan bahawa gaji minimum akan dinaikkan dari RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan, berkuat kuasa pada 1 Februari 2025.
- Di samping itu, kerajaan juga memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 bagi majikan dengan kurang daripada lima pekerja selama enam bulan, bermula pada 1 Ogos 2025.
Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam & Pesara
- Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 akan diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk mereka yang dilantik secara kontrak.
- Selain itu, pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, akan menerima bantuan sebanyak RM250.
- Pembayaran bantuan ini dijadualkan pada bulan Februari 2025.
Penyasaran Subsidi RON 95
- Kerajaan merancang untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025, dengan penjimatan ini akan digunakan untuk kesejahteraan rakyat.
- Subsidi petrol RON95 akan dipotong sebanyak RM8 bilion untuk golongan T15.
- Harga RM2.05 seliter akan dikekalkan untuk 85% rakyat.
- Kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi bagi majoriti rakyat, dengan tanggungan subsidi elektrik akan terus diberikan kepada 85% rakyat, dianggarkan berjumlah RM12 bilion
- Peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak akan terus diberi keutamaan, dengan jumlah tertinggi bagi masing-masing adalah RM6.7 bilion dan RM5.9 bilion.
- Kerajaan akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan industri yang berkaitan sebelum memuktamadkan skop peluasan dan kadar cukai yang dikenakan.
- Mulai tahun 2025, kerajaan bercadang untuk menggandakan kadar Pemberian Khas untuk Sarawak dan Sabah kepada RM600 juta.
- Peruntukan untuk SPRM akan ditingkatkan kepada RM360 juta tahun depan, berbanding RM338 juta sebelum ini.
- Kerajaan memberikan kebebasan penuh kepada SPRM untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pesalah rasuah.
- RM200 juta akan diperuntukkan kepada Jabatan Audit Negara, selaras dengan peranan yang lebih besar untuk memulakan pengauditan.
- Kerajaan merancang untuk memperluas asas cukai secara progresif dengan memperkenalkan cukai dividen pada kadar dua peratus bagi pendapatan dividen yang melebihi RM100,000 yang diterima oleh pemegang saham individu mulai tahun taksiran 2025.
Cukai Jualan dan Perkhidmatan
- Cukai jualan akan dikenakan ke atas barang-barang bukan keperluan asas, termasuk barangan premium yang diimport seperti ikan salmon dan avokado.
- Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan secara lebih progresif tanpa membebankan rakyat.
- Kerajaan menjangkakan kutipan hasil bagi tahun 2025 akan terus meningkat kepada RM340 bilion.
- Cukai Jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan oleh rakyat, tetapi akan melibatkan barang-barang bukan keperluan asas seperti produk premium yang diimport.
- Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas untuk merangkumi perkhidmatan komersial, termasuk perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi.
- Peluasan skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) secara progresif akan berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025.
Cukai Jualan dan Perkhidmatan
Program Latihan Khidmat Negara 3.0 akan dilaksanakan secara percubaan dengan konsep baharu bagi lepasan kadet sekolah, hasil kerjasama antara Akademi Kenegaraan, PDRM, dan agensi beruniform lain.



























Post a Comment