Jawatan Kosong Mystep Pegawai Tadbir Unit kerjasama Awam Swasta

Individu yang berminat dan berkelayakan dipelawa untuk mengisi Jawatan Kosong untuk Jawatan Kosong Personel Mystep Pegawai Tadbir unit kerjasama awam swasta. Keterangan berkaitan jawatan adalah seperti berikut:

Perkara Keterangan
Nama Jawatan Mystep - Pegawai tadbir
Taraf Jawatan Kontrak
Masa Kerja Waktu Biasa
Gaji RM 1,500 - RM 1,999
Tempat Kekosongan Putrajaya
Bilangan Kekosongan 1
Kelayakan Diploma / Diploma Lanjutan / Diploma Graduan Atasan / DVM / DKM Tahap 4 / DLKM Tahap 5

Terikh Tutup Permohonan : 29 MEI 2024

Permohonan tamat dalam

Deskripsi Jawatan

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP)-GURU GANTI (KONTRAK)

  • Menyelaras urusan pentadbiran, pelaporan / handbook dan sumber manusia bagi Seksyen;
  • Menguruskan pengesahan kehadiran pegawai ke mesyuarat / bengkel / program yang berkaitan kepada kementerian / agensi melalui emel / surat;
  • Membantu menyediakan draf minit mesyuarat bagi mesyuarat seksyen dan mesyuarat projek;
  • Membantu menyediakan slaid maklumat / pembentangan projek / kertas kerja berkaitan;
  • Membantu Pegawai Tadbir Seksyen dalam urusan penyampaian maklumat dan pengumpulan data berkaitan;
  • Mengawal pergerakan fail, pengedaran fail, membuka dan menutup fail (terperingkat/terbuka) mengikut keperluan;
  • Menjaga keselamatan fail dan menjaga kebersihan kawasan penyimpanan fail;
  • Merekod/meminitkan surat/emel masuk dan surat/emel keluar ke dalam fail dan komputer;
  • Menguruskan penghantaran Memo/Surat/Dokumen Biasa/Terperingkat yang diterima daripada pegawai bagi tujuan edaran dalaman/faksimili/serahan tangan/pos/kurier ke Kementerian/Jabatan/Agensi yang berkaitan;
  • Membuat salinan fotostat surat-surat panggilan mesyuarat/dokumen-dokumen yang berkaitan yang diarahkan oleh pegawai;
  • Mengambil surat-surat/memo daripada pigeon hole di Seksyen Khidmat Pengurusan serta surat khabar Pengarah dan Seksyen dan diserahkan kepada Setiausaha Pejabat/Pembantu Setiausaha Pejabat untuk tindakan seterusnya
  • Menyelenggara borang-borang yang berkaitan dengan Unit Pentadbiran/Sumber Manusia/Kewangan di Seksyen Khidmat Pengurusan dan Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan/Perbendaharaan;
  • Menguruskan penyediaan/pembatalan tempahan minuman/makanan untuk mesyuarat yang diadakan dengan Syarikat Pembekal dan Unit Kewangan, Seksyen Khidmat Pengurusan untuk memastikan segala proses kewangan berjalan lancar
  • Membuat/menguruskan permohonan tempahan Bilik Mesyuarat/Bilik Persidangan/Bilik Gerakan dengan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri serta memastikan keadaan Bilik Mesyuarat tersebut dalam keadaan yang baik/bersih setelah digunakan;
  • Membuat permohonan penggunaan laptop/projektor melalui Unit ICT, Seksyen Khidmat Pengurusan bagi kegunaan pegawai urus setia mesyuarat semasa mesyuarat diadakan;
  • Menerima dan membuat panggilan telefon (berkaitan panggilan/pembatalan/pindaan mesyuarat), merekod kehadiran wakil mesyuarat dan menerima pesanan-pesanan telefon untuk pegawai-pegawai di Seksyen;
  • Menggantikan tempat Setiausaha Pejabat/Pembantu Setiausaha Pejabat di Seksyen sekiranya bercuti; dan
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Kelayakan

  1. Diploma / Diploma Lanjutan / Diploma Graduan Atasan / DVM / DKM Tahap 4 / DLKM Tahap 5

Kemudahan dan Kelebihan

-

Maklumat Syarikat

Syarikat Aktiviti ibu pejabat; aktiviti perundingan pengurusan, Perkhidmatan profesional, saintifik dan teknikal lain
Jumlah Pekerja 50-250 orang
Alamat Putrajaya - Putrajaya - 62652

Memberi khidmat nasihat kepada agensi Kerajaan dan pihak awam serta mempromosikan program PPP. -Menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi-agensi yang berkaitan di luar negara. -Menjalankan penyelidikan berterusan dan penambahan program PPP. -Merunding terma dan syarat perjanjian konsesi dangan bantuan Jabatan Peguam Negara dan agensi berkaitan. -Memantau pentadbiran perjanjian Dana Mudahcara. -Menggubal dasar dan strategi kerjasama awam swasta. -Merancang, melaksana, menyelaras dan menilai inisiatif kerjasama awam swasta (PPP). -Meneliti dan menilai cadangan teknikal dan kewangan projek-projek PPP dangan bantuan agensi yang berkaitan. -Menyedia dan menambah baik Garis Panduan serta mengemaskini prosedur PPP dari semasa ke semasa.


Cara Memohon

Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web https://candidates.myfuturejobs.gov.my/ atau klik butang dibawah untuk membuat permohonan

Iklan penuh jawatan

Post a Comment

Previous Post Next Post