Jawatan Kosong Guru Bahasa Inggeris, SK Seliau

Mereka yang berminat dan berkelayakan dipelawa untuk memohon kekosongan Jawatan MYSTEP Guru Bahasa Inggeris di SK. Sekilau

Perkara Keterangan
Nama Jawatan MYSTEP
Taraf Jawatan Kontrak
Masa Kerja Waktu Biasa
Gaji RM 1,500-RM 1,999
Tempat Kekosongan Rantau, Negeri Sembilan
Bilangan Kekosongan 1
Kelayakan Sarjana Muda atau Yang Setaraf

Tarikh Tutup Permohonan : 22 MEI 2024


Deskripsi Jawatan

keutaaman kepada calon yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan

Menjadi guru ganti pengajaran dan pembelajaran antara 1 ke 3 bulan di sekolah-sekolah dalam daerah Seremban. Mengajar dan mendidik murid pra sekolah / sekolah rendah dan sekolah menengah mengikut subjek yang ditetapkan dan mematuhi arahan Pengetua / Guru Besar dari semasa ke semasa.

SYARAT PERLANTIKAN GURU GANTI ADALAH SEPERTI BERIKUT

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  2. Sihat tubuh badan
  3. Memiliki kelayakan akademik yang diiktiraf
  4. Memiliki kepujian Bahasa Melayu diperingkat SPM/SVM atau yang setaraf
  5. Mendapat kepujian dalam empat (4) matapelajaran lain diperingkat SPM serta
    • kepujian diperingkat SPM bagi matapelajaran yang perlu diajar
    • syarat lantikan guru agama, calon hendaklah memiliki kepujian Bahasa Arab diperingkat SPM
    • syarat lantikan guru bahasa cina/tamil, calon hendaklah memiliki kepujian Cina/Tamil diperingkat SPM

SILA BAWA SATU SALINAN DOKUMEN YANG TELAH DISAHKAN SEPERTI BEIKUT KETIKA SESI TEMUDUGA DIJALANKAN :

  1. Sijil akademik ( SPM/STPM/Diploma/Ijazah)
  2. Kad pengenalan
  3. Transkrip peperiksaan bagi graduan yang belum konvokesye
  4. Sijil ikhtisas atau surat lantikan personel mystep guru ganti ( jika ada)

Semua salinan perlu disahkan oleh ketua kampung/pegawai kerajaan kumpulan profesional) Peringatan : sijil yang asal juga perlu dibawa ketika temuduga dijalankan

mohon isikan maklumat berikut sebagai tambahan https://forms.gle/x299y9hF9xJL7mBE9 terima kasih

Kemudahan dan Kelebihan

Tiada Maklumat

Maklumat Syarikat

Syarikat Pentadbiran awam dan pertahanan; keselamatan sosial wajib, Aktiviti pengurusan pejabat, sokongan pejabat dan sokongan perniagaan lain
Jumlah Pekerja 50-250 orang
Alamat Negeri Sembilan - Rantau - 71200

Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia (MySTEP) ialah inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Kongsi Strategik. Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman bekerja bagi meningkatkan pasaran buruh pekerja di Malaysia.


Cara Memohon

Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web https://candidates.myfuturejobs.gov.my/ atau klik butang dibawah untuk membuat permohonan

Iklan penuh jawatan

Panduan memohon jawatan melalui MyFutureJobs.com

1. Log masuk/ Daftar

Ikuti pautan ini untuk mendaftar ke sistem MyFuture Job.com Daftar Sini Atau log masuk jika anda sudah mendaftar dan mempunyai akaun dengan MyFutureJob melalui pautan ini Log Masuk

Untuk mendaftar, isi maklumat alamat email, nombor kad pengenalan dan password pilihan anda sendiri kemudian tekan butang register seperti dalam gambar di atas.
Untuk log masuk, isi nombor kad pengenalan anda dan kata laluan (Password) kemudian tekan login.

2. Lengkapkan Maklumat anda

Lengakapkan maklumat peribadi anda. Pastikan anda mengisi semua bahagian yang bertanda * (Asterisk) kerana ia wajib diisi. boleh rujuk gambar dibawah.

Untuk bahagian yang bertanda (Tidak wajib), bahagian itu tidak wajib diisi tetapi masih digalakkan untuk anda mengisinya untuk menguatkan profil kamu.

Teruskan mengisi pada bahagian yang seterusnya sehingga lengkap diisi kesemua bahagian.

3. Cari jawatan yang kamu ingin mohon

Tekan menu carian pekerjaan untuk mencari jawatan yang anda ingin mohon atau masukkan nama lokasi anda untuk mencari tawaran pekerjaan/ jawatan di tempat anda.

Klik button Mohon untuk memohon jawatan tersebut.

"Semoga berjaya"

Post a Comment

Previous Post Next Post